Saya Dr. Michael Teo Yu Keng serta keluarga dengan kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di Miri am nya.
Tahun ini, rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana ekonomi kehidupan yang semakin menekan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan yang terlalu tinggi. Pengurusan ekonomi kerajaan pusat yang kurang cekap dan tahap rasuah yang tidak berubah telah menyebabkan kesusahan ekonomi yang mendadah, pengangguran yang kian meningkat di kalangan orang muda serta pelaburan asing yang tidak menggalakkan.
Saya juga merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa agar menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu perayaan untuk lebih memahami dan mengeratkan hubungan bersama teman-teman yang beragama Islam. Di samping itu, kita akan terus berusaha untuk mewujudkan suasana yang aman dan akan sentiasa mengambil inisiatif untuk menggalakkan kesefahaman kebudayaan dan agama.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dengan ucapan:- Maaf Zahir dan Batin.
Dari Saya Dan Keluarga,
Dr. Michael Teo Yu Keng
(Ketua Cabang PKR Bahagian Miri)
No comments:
Post a Comment