PKR Parlimen 219 Miri

MAKING SARAWAK A BETTER PLACE FOR EVERYONE
(DEMI RAKYAT-FOR THE PEOPLE)
PKR P 219 MIRI
Undi Lah Calon Ini Untuk Menolong Rakyat
Undi Mih Pengari Tu Awak Ka Tau Nulong Rakyat

Tuesday, December 13, 2011

"Yuran Sekolah Tahun 2012 Tidak Di Mansuhkan, PM Bohong", Dr. Michael Teo

 
Dr. Michael Teo Yu Keng menunjukkan surat yang  membuktikan memang wujud senarai bayaran yuran sekolah untuk tahun depan.
 Miri: PKR Miri hari ini melalui Ketua Cabangnya Dr. Michael Teo Yu Keng telah menerima banyak aduan daripada ibubapa dari pelbagai sekolah di sekitar bandar Miri yang menyatakan bahawa mereka belum lagi menerima bantuan kewangan Rm100/- seperti yang dijanjikan oleh PM pada pembentangan budget 2012 yang lalu. 
Sumber juga memberitahu mereka telah minta hadir ke sekolah seperti yang diminta melalui sepucuk surat sebelum ini untuk menerima wang tersebut pada 24hb dan 25hb Nov 2012 yg lalu, namun kecewa setelah di beritahu bahawa pihak sekolah belum menerima agihan wang tersebut.
Malah kini mereka dikejutkan lagi dengan satu lagi surat dari pihak sekolah yang merupakan senarai yuran pelbagai bayaran untuk di bayar semasa sessi pendaftaran ipembukaan sekolah pada tahun depan. Kata sumber lagi, hal seumpama ini amat bertentangan dengan pembentangan budjet 2012 di mana PM telah mengumumkan bahawa semua jenis yuran untuk sessi persekolahan tahun depan akan dimansuhkan serta merta bermaka tiada pembayaran yuran langsung untuk tahun depan.
Merujuk kepada edara senarai bayaran yg telah mereka terima,seorang pelajar akan di kenakan bayaran minima sebanyak Rm58/- dan sehingga maksima Rm 115/- seorang mengikut kelas masing-masing dan bayaranya juga berbeza untuk pelajar beragama Islam dan bukan Islam.

Kata Dr. Michael Teo hal seperti ini seharusnya tidak berlakuserta tdk wajar,sambil menyeru pihak yang berkenaan agar menyiasat serta mengambil tindakkan terhadap hal yg seumpama ini. Beliau juga menambah tidak semudah itu utk menabur janji dan kemudian memungkirinya, rakyat kini sudah bijak dan tdk lagi mahu di perbodohkan dengan agenda politik pihak kerajaan, mereka kini mempunyai banyak akses kepada sumber maklumat terhadap perlaksanaan dasar-dasar kerajaan, mereka juga tdk mahu lagi di gula-gulakan dgn pelbagai janji manis dari kerajaan. Mereka berharap akan menerima bantuan seperti yg dijanjikan secepat mungkin.
PKR Miri akan cuba membantu mereka dgn mengtengahkan masalah mereka ke pihak berkenaan. Ketua Cabang PKR Miri mahu kerajaan peka dgn rintihan serta keinginan rakyat dari masa kesemasa dan bukan hanya pada waktu pilihanraya sahaja.

No comments:

Post a Comment