PKR Parlimen 219 Miri

MAKING SARAWAK A BETTER PLACE FOR EVERYONE
(DEMI RAKYAT-FOR THE PEOPLE)
PKR P 219 MIRI
Undi Lah Calon Ini Untuk Menolong Rakyat
Undi Mih Pengari Tu Awak Ka Tau Nulong Rakyat

Monday, July 18, 2011

PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PARLIMEN MIRI


Pada 15 dan 17 haribulan Julai Parti Keadilan Rakyat cabang Miri telah mengadakan latihan untuk jentera parlimen Miri. Seramai 50 orang telah menghadiri latihan tersebut. Latihan ini bertujuan untuk persiapan pilihanraya umum yang akan datang. Menurut Dr. Teo, cabang Keadilan Miri telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. Latihan telah diadakan di pusat PKR Miri dan dikendalikan oleh En. Ramli Atan dari Jabatan Pilihanraya Pusat.

Menurut Dr. Teo, beliau telah melakukan persiapan jentera pilihanraya lebih awal untuk menghadapi pilihanraya umum kali ini. "kita telah menyiapkan bilik gerakan, sukarelawan dan pelbagai bahan kempen untuk pilihanraya yang akan datang" kata Dr. Teo. "Saya berharap pada kali ini saya diberi peluang untuk bertanding di parlimen Miri.. Saya telah melakukan segala persiapan dan berharap rakan-rakan dari parti komponen pakatan rakyat akan menyokong saya" tambah beliau lagi.

Beliau juga menyeru pengundi di parlimen Miri untuk memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ini merupakan kali terakhir Dr. Teo akan bertanding kerana faktor umur dan beliau berharap pada masa akan datang ramai pemimpin muda akan dilahirkan daripada kalangan Pakatan Rakyat. "Sebagai pengerusi PKR cabang Miri, saya menyeru semua ahli pari PKR memberikan sokongan kepada siapa saja calon yang akan bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang dan sekiranya suatu hari nanti saya telah besara, saya berharap sokongan ini akan terus berkekalan demi semangat Pakatan Rakyat"

No comments:

Post a Comment